RAJAH 1
Rajah 1 merupakan peratusan bagi 50 laman web yang dianalisis mengikut kriteria Standard Pemikiran sepertimana yang telah dinyatakan. Berdasarkan rajah ini di dapati bahawa keseluruhan web menepati syarat bagi relevan dari segi maklumat yang disampaikan dengan isu yang ditangani. Sebaliknya hanya 7 laman web sahaja yang menepati tahap keluasan dari segi penyampaian maklumatnya. Berikut dinyatakan secara terperinci penjelasan kriteria mengikut peratusan berdasarkan rajah 1
1). KEJELASAN
- Kejalasan yang dimaksudkan adalah dari segi penjelasan sesuatu maklumat di dalam setiap web samada dapat difahami ataupun tidak.
- Setelah dianalisis di dapati sebanyak 47 laman web menepati ciri ini dengan kadar 94%. - Kebanyakkan maklumat yang disampaikan adalah jelas, mudah difahami, tidak mewujudnya persoalan lain serta dinyatakan bersama contoh-contoh yang berkaitan.
2). KETEPATAN
- Ketepatan yang dimaksudkan adalah tidak timbulnya ralat atau keraguan dalam maklumat serta terdapatnya sumber yang menyokong sesuatu maklumat tersebut.
- Setelah dianalisis di dapati sebanyak 48 laman web menepati ciri ini denagn kadar 96%.
- Kebanyakkan maklumat yang disampaikan adalah tepat serta tidak timbulnya keraguan dan sekiranya ada pun ia masih boleh diambil kira. Maklumat juga disokong dengan dalil
3). TERPERINCI
-Terperinci yang dimaksudkan adalah maklumat disampaikan dengan huraian yang lanjut bagi setiap "point" atau isi yang dinyatakan.
- Setelah dianalisis di dapati hanya 19 laman web sahaja yang menepati ciri ini mewakili sebanyak 38%.
- Kebanyakkan maklumat yang disampaikan adalah tidak terperinci kerana tidak disertakan dengan huraian yang jelas.
4). LOGIK
- Logik yang dimaksudkan adalah maklumat yang disampaikan adalah munasabah serta boleh diterima berdasarkan bukti yang nyata.
- Setelah dianalisis di dapati 49 laman web menepati ciri tersebut iaitu 98%.
- 1 web yang tidak menepati ciri tersebut adalah kerana maklumat yang dinyatakan tidak berdasarkan bukti yang nyata.
5). RELEVAN
-Relevan yang dimaksudkan adalah maklumat yang disampaikan mempunyai perkaitan dengan isu yang disampaikan.
-Setelah dianalisis didapati kesemua web menepati ciri tersebut dengan kadar 100%
6). MENDALAM
-Mendalam yang dimaksudkan adalah maklumat disampaikan dengan mendalam dari segi huraiannya serta tidak wujudnya ketidakfahaman berkaitan dengan isi.
- Setelah dianalisis di dapati kebanyakkan laman web kurang dari segi ini iaitu hanya 12 laman
- Kebanyaakna laman web tidak menyatakan isi atau maklumat dengan mendalam sebaliknya huraian masih kabur yang memerlukan penerangan yang lebih mendalam. Terdapat juga beberapa persoalan yang tidak dijawab di dalam laman tersebut.
7). LUAS
- Luas yang dimaksudkan adalah dari segi penerangan maklumat samada mengambil kira semua aspek atau isu ataupun tidak.
- Setelah dianalisis di dapati hanya 7 laman web sahaja yang menepati ciri ini dengan kadar
- Kebanyakkan laman web tidak menyatakan maklumat dengan luas. Hanya mengambil kira sesebahagian isu sahaja
8). SIGNIFIKAN
- Signifikan yang dimaksudkan adalah kepentingan dalam sesuatu maklumat samada penulis mempunyai tujuan dalam penulisan ataupun tidak. Ia juga membawa maksud samada web ini penting atau tidak digunakan dalam proses Pembelajaran & Pengajaran.
- Setelah dianalis di dapati 34 laman web menepati ciri ini denagn kadar 68%.
- Kebanyakkan laman web yang tidak menepati adalah kerana matlamat penulis dalam laman web masih kabur serta tidak begitu membantu dalam proses P&P.
9). ADIL
- Adil yang dimaksudkan adalah maklumat yang dinyatakan tidak bias pada pihak-pihak tetentu serta tidak ada tujuan lain dengan wujudnya lanman tersebut.
- Setelah dianalisis di dapati 44 laman web menepati ciri ini mewakili 88%.
- Sebanyak 6 lagi laman web yang tidak termasuk dalam kriteria ini adalah kerana tujuan utama
adalah untuk mempromosikan barang dagangan samada haiwan ternakan atau produk jualan.
10). HIKMAH
- Hikmah yang dimaksudkan adalah penulisan berdasarkan berdasarkan dalil samada ayat al-Quran ataupun hadith disertakan bersama sebagai sokongan dan pengukuhan dalam maklumat.
- Setelah dianalisis di dapati sebanyak 42 laman web menepati ciri ini mewakili 84%.
-Laman web yang tidak menepati ciri adalah kerana tidak terdapatnya sokongan dalil yang menyokong maklumat tersebut.
0 comments:
Post a Comment