Untuk maklumat lanjut sila klik di sini Laman ini menyatakan maklumat secara umum tanpa menerangkan dengan terperinci. Namun, terdapat penjelasan yang boleh digunakan dan diambil kira. Masih ada kekurangan dan perlu pada penjelasan tambahan. Maklumat yang diberikan tidak mendalam kerana huraian masih lagi kabur. Ada persoalan yang tidak terjawab. Dari segi adil pula, di tahap sederhana kerana ada tujuan sampingan untuk mempromosikan haiwan dari ladang ternakan mereka.
Untuk maklumat lanjut sila klik di sini Kurangnya laman ini adalah dari segi luasnya. maklumat masih tidak meluas sebaliknya aklumat hanya mengambil kira sesetengah aspek sahaja. Namun kekurangan ini tidak mnacatkan web tersebut. Sesuai digunakan untuk bahan dalam membantu proses P&P serta bahan bacaan tambahan pada para pelajar.
Untuk maklumat lanjut sila klik di sini
Laman ini tidak membicarakan persoalan berkaitan tajuk dengan terperinci. Isi kandungannya hanya meliputi hal berkaitan sejarah semata-mata tanpa menyentuh hal lain. Ini menjadikan laman ini kurang dari segi keterperincian, keluasan dan kedalaman. Dari sudut kepentingannya pula, laman ini tidak sesuai digunakan sebagai bahan dalam P&P tetapi sesuai sebagai bahan bacaan untuk mengetahui maklumat mengenai sejarah pensyariatan qurban dalam Islam.

Untuk maklumat lanjut sila klik di sini
Laman ini membicarakan persoalan berkaitan konsep qurban dan aqiqah secara ringkas tanpa menghuraikan dengan terperinci. Kejelasan pada tahap sederhana, masih ada kekurangan serta memerlukan penjelasan yang lebih lanjut. Namun, terdapat penjelasan yang boleh digunakan dan diambil kira serta terdapat juga beberapa sokongan dalil berkaitan tajuk yang diperbincangkan.

Untuk lihat dengan lebih lanjut sila klik di sini
Laman ini memenuhi kesemua kriteria yang telah ditetapkan. Maklumat disampaikan dengan mendalam da terperinci beserta huraian dan contoh. Terdapat juga dalil dan hadith sebagai penyokong untuk mengukuhkannya lagi. Sesuai dijadikan rujukan dan bahan dalam proses pembelajaran dan pengajaran berkaitan tajuk qurban