Untuk maklumat lanjut sila klik di siniLaman ini tidak menepati kriteria dari segi luas dan mendalam. Hal ini kerana ada isi yang tidak disertakan dengan huraian sebagai membantu penjelasan. Kurangnya juga adalah dari segi nama pemilik yang tidak dinyatakan, begitu juga dengan sumber rujukan yang digunakan. Namun begitu laman ini sesuai dijadikan sumber dalam P&P kerana isi dinyatakan dalam bentuk point yang mudah difahami oleh para pelajar
Untuk maklumat lanjut sila klik di siniLaman ini menepati sembilan ciri seperti yang dikehendaki. Ia kurang dari segi luas kerana ada sedikit perkara yang tidak disentuh antaranya berkenaan dengan wakil dalam melaksanakan ibadah qurban. Namun laman ini sesuai dijadikan rujukan dalam P&P kerana isi dikupas dengan mendalam, beserta huraian terperinci serta adanya dalil dan hadith sebagai sokongan. Sumber rujukn juga turut dinyatakan bagi kemudahan para pelayar.
Untuk maklumat lanjut sila klik di sini
Laman ini tidak menjelaskan sesuatu isi dengan mendalam dan terperinci. Ada antara isi tidak disertakan bersama huraian untuk tujuan pemahaman pelayar. Persoalan berkaitan qurban dan aqiqah juga tidak dinyatakan dengan meluas. Laman ini tidak begitu sesuai dijadikan bahan dalam proses P&P kepada para pelajar, namun sesuai untuk pemahaman kepada masyarakat umumnya.

Untuk maklumat lanjut sila klik di sini
Laman ini tidak memenuhi kesemua kriteria yang telah ditetapkan. Isi mengenai aqiqah tidak dikupas dengan mendalam, serta tidak meluas dalam memperbincagkan sesuatu isi. Hadith dan juga dalil-dalil yang berkaitan tidak disertakan sebagai sokongan, begitu juga dengan sumber rujukan. Tidak sesuai digunakan dalam proses pembelajaran dan pengajaran namun sesuai untuk bahan bacaan semua sebagai pemahaman

Untuk maklumat lanjut sila klik di sini
Laman ini mempersembahkan sesuatu isi dalam bentuk huraian. Setiap isi dinyatakan dengan jelas namun tidak meluas dan menyeluruh kerana ada isi yang berkaitan dengannya tidak dimasukkan sekali sebaliknya pada ruagan post yang akan datang. Keadaan ini menyebabkan ia tidak sesuai digunakan dalam proses P&P kerana tidak dapat memberi kefahaman secara jelas kepada para pelajar, sebaliknya pada pelayar lain, ia adalah mungkin