PERATUSAN WEB MENGIKUT KRITERIA

RAJAH 1

Rajah 1 merupakan peratusan bagi 50 laman web yang dianalisis mengikut kriteria Standard Pemikiran sepertimana yang telah dinyatakan. Berdasarkan rajah ini di dapati bahawa keseluruhan web menepati syarat bagi relevan dari segi maklumat yang disampaikan dengan isu yang ditangani. Sebaliknya hanya 7 laman web sahaja yang menepati tahap keluasan dari segi penyampaian maklumatnya. Berikut dinyatakan secara terperinci penjelasan kriteria mengikut peratusan berdasarkan rajah 1
1). KEJELASAN

- Kejalasan yang dimaksudkan adalah dari segi penjelasan sesuatu maklumat di dalam setiap web samada dapat difahami ataupun tidak.
- Setelah dianalisis di dapati sebanyak 47 laman web menepati ciri ini dengan kadar 94%. - Kebanyakkan maklumat yang disampaikan adalah jelas, mudah difahami, tidak mewujudnya persoalan lain serta dinyatakan bersama contoh-contoh yang berkaitan.

2). KETEPATAN
- Ketepatan yang dimaksudkan adalah tidak timbulnya ralat atau keraguan dalam maklumat serta terdapatnya sumber yang menyokong sesuatu maklumat tersebut.
- Setelah dianalisis di dapati sebanyak 48 laman web menepati ciri ini denagn kadar 96%.
- Kebanyakkan maklumat yang disampaikan adalah tepat serta tidak timbulnya keraguan dan sekiranya ada pun ia masih boleh diambil kira. Maklumat juga disokong dengan dalil
3). TERPERINCI

-Terperinci yang dimaksudkan adalah maklumat disampaikan dengan huraian yang lanjut bagi setiap "point" atau isi yang dinyatakan.
- Setelah dianalisis di dapati hanya 19 laman web sahaja yang menepati ciri ini mewakili sebanyak 38%.
- Kebanyakkan maklumat yang disampaikan adalah tidak terperinci kerana tidak disertakan dengan huraian yang jelas.
4). LOGIK

- Logik yang dimaksudkan adalah maklumat yang disampaikan adalah munasabah serta boleh diterima berdasarkan bukti yang nyata.
- Setelah dianalisis di dapati 49 laman web menepati ciri tersebut iaitu 98%.
- 1 web yang tidak menepati ciri tersebut adalah kerana maklumat yang dinyatakan tidak berdasarkan bukti yang nyata.
5). RELEVAN

-Relevan yang dimaksudkan adalah maklumat yang disampaikan mempunyai perkaitan dengan isu yang disampaikan.
-Setelah dianalisis didapati kesemua web menepati ciri tersebut dengan kadar 100%

6). MENDALAM

-Mendalam yang dimaksudkan adalah maklumat disampaikan dengan mendalam dari segi huraiannya serta tidak wujudnya ketidakfahaman berkaitan dengan isi.
- Setelah dianalisis di dapati kebanyakkan laman web kurang dari segi ini iaitu hanya 12 laman
- Kebanyaakna laman web tidak menyatakan isi atau maklumat dengan mendalam sebaliknya huraian masih kabur yang memerlukan penerangan yang lebih mendalam. Terdapat juga beberapa persoalan yang tidak dijawab di dalam laman tersebut.
7). LUAS

- Luas yang dimaksudkan adalah dari segi penerangan maklumat samada mengambil kira semua aspek atau isu ataupun tidak.
- Setelah dianalisis di dapati hanya 7 laman web sahaja yang menepati ciri ini dengan kadar
- Kebanyakkan laman web tidak menyatakan maklumat dengan luas. Hanya mengambil kira sesebahagian isu sahaja
8). SIGNIFIKAN

- Signifikan yang dimaksudkan adalah kepentingan dalam sesuatu maklumat samada penulis mempunyai tujuan dalam penulisan ataupun tidak. Ia juga membawa maksud samada web ini penting atau tidak digunakan dalam proses Pembelajaran & Pengajaran.
- Setelah dianalis di dapati 34 laman web menepati ciri ini denagn kadar 68%.
- Kebanyakkan laman web yang tidak menepati adalah kerana matlamat penulis dalam laman web masih kabur serta tidak begitu membantu dalam proses P&P.
9). ADIL

- Adil yang dimaksudkan adalah maklumat yang dinyatakan tidak bias pada pihak-pihak tetentu serta tidak ada tujuan lain dengan wujudnya lanman tersebut.
- Setelah dianalisis di dapati 44 laman web menepati ciri ini mewakili 88%.
- Sebanyak 6 lagi laman web yang tidak termasuk dalam kriteria ini adalah kerana tujuan utama
adalah untuk mempromosikan barang dagangan samada haiwan ternakan atau produk jualan.
10). HIKMAH

- Hikmah yang dimaksudkan adalah penulisan berdasarkan berdasarkan dalil samada ayat al-Quran ataupun hadith disertakan bersama sebagai sokongan dan pengukuhan dalam maklumat.
- Setelah dianalisis di dapati sebanyak 42 laman web menepati ciri ini mewakili 84%.
-Laman web yang tidak menepati ciri adalah kerana tidak terdapatnya sokongan dalil yang menyokong maklumat tersebut.

ANALISIS WEB 1-5

Untuk maklumat lanjut sila klik di sini Laman ini menyatakan maklumat secara umum tanpa menerangkan dengan terperinci. Namun, terdapat penjelasan yang boleh digunakan dan diambil kira. Masih ada kekurangan dan perlu pada penjelasan tambahan. Maklumat yang diberikan tidak mendalam kerana huraian masih lagi kabur. Ada persoalan yang tidak terjawab. Dari segi adil pula, di tahap sederhana kerana ada tujuan sampingan untuk mempromosikan haiwan dari ladang ternakan mereka.
Untuk maklumat lanjut sila klik di sini Kurangnya laman ini adalah dari segi luasnya. maklumat masih tidak meluas sebaliknya aklumat hanya mengambil kira sesetengah aspek sahaja. Namun kekurangan ini tidak mnacatkan web tersebut. Sesuai digunakan untuk bahan dalam membantu proses P&P serta bahan bacaan tambahan pada para pelajar.
Untuk maklumat lanjut sila klik di sini
Laman ini tidak membicarakan persoalan berkaitan tajuk dengan terperinci. Isi kandungannya hanya meliputi hal berkaitan sejarah semata-mata tanpa menyentuh hal lain. Ini menjadikan laman ini kurang dari segi keterperincian, keluasan dan kedalaman. Dari sudut kepentingannya pula, laman ini tidak sesuai digunakan sebagai bahan dalam P&P tetapi sesuai sebagai bahan bacaan untuk mengetahui maklumat mengenai sejarah pensyariatan qurban dalam Islam.

Untuk maklumat lanjut sila klik di sini
Laman ini membicarakan persoalan berkaitan konsep qurban dan aqiqah secara ringkas tanpa menghuraikan dengan terperinci. Kejelasan pada tahap sederhana, masih ada kekurangan serta memerlukan penjelasan yang lebih lanjut. Namun, terdapat penjelasan yang boleh digunakan dan diambil kira serta terdapat juga beberapa sokongan dalil berkaitan tajuk yang diperbincangkan.

Untuk lihat dengan lebih lanjut sila klik di sini
Laman ini memenuhi kesemua kriteria yang telah ditetapkan. Maklumat disampaikan dengan mendalam da terperinci beserta huraian dan contoh. Terdapat juga dalil dan hadith sebagai penyokong untuk mengukuhkannya lagi. Sesuai dijadikan rujukan dan bahan dalam proses pembelajaran dan pengajaran berkaitan tajuk qurban


ANALISIS WEB 6-10

Untuk maklumat lanjut sila klik di siniMaklumat dinyatakan dengan ringkas serta tiada huraian dengan terperinci menjadikan web ini tidak memenuhi kriteria keluasan, kedalaman serta keterperincian. Dail-dalil yang berkaitan samada ayat al-Quran dan hadith juga didak disertakan sebagai sokongan yang kuat menjadikan ia kurang dari segi hikmah. Imej-imej grafik yang berkaitan tidak dimasukkan sebahgai menambah kefahaman pelayar.

Untuk maklumat lanjut sila klik di sini
Maklumat dinyatakan dalam bentuk point yang utama sahaja, tetapi tidak dijelaskan dengan lanjut. Gambar-gambar yang berkaitan juga tidak dimasukkan sebagai satu sokongan untuk meningkatkan pemahaman. Namun ia sesuai untuk digunakan dalam pembelajaran dan pengajaran berkaitan tajuk qurban
ini.


Maklumat lanjut sila klik di sini
Tidak menjelaskan sesuatu maklumat dengan mendalam. Hanya menfokuskan pada ”point” utama tanpa penjelasan lanjut contohnya syarat bagi haiwan qurban, seeloknya dipilih haiwan yang berwarna putih. Tidak dapat dipastikan kesahihan kerana tidak disertakan bersama rujukan. Contoh-contoh yang berkaitan juga kurang disentuh. Tiada imej grafik disertakan bagi membantu kefahaman pelayar.
Untuk maklumat lanjut sila klik di sini

Tidak memenuhi syarat keluasan dan kedalaman. Hai ini kerana hanya menyentuh persoalan qurban secara ringkas dan tidak menyentuh keseluruhan tajuk seperti perwakilan dalam qurban dan sebagainya. Pemilik juga tidak dinyatakan menjadikan web ini sedikit kurang. Contoh yang berkaitan juga kurang. Laman ini tidak sesuai digunakan dalam proses P&P tetapi sezuai sebagai bahan bacaan tambahan pada para pelajar dan orang ramai khususnya.

Untuk maklumat lanjut sila klik di sini
Laman web ini memenuhi kesepuluh kriteria standard pemikiran seperti yang telah ditetapkan. Ia merupakan buku berkaitan tatacara qurban tuntutan Nabi. Ia disertakan dengan contoh-contoh yang berkaitan, maklumat jelas dan mendalam dengan huraian yang terperinci dalam 10 bab. Sumber rujukan turut dinyatakan.Web ini sesuai di gunakan oleh pelajar.


ANALISIS WEB 11-15

Untuk maklumat lanjut sila klik di siniLaman ini tidak menjelaskan semua isi dengan terperinci. Ada yang sekadar dinyatakan ”point” tanpa huraian. Laman ini juga tidak memenuhi kriteria keluasan kerana tidak menyentuh persoalan yang lebih luas contohnya dalam bab berkaitan hukum aqiqah. Namun begitu laman ini juga mampu membantu dalam pembelajaran dan pengajaran kerana disampaikan dalam bentuk yang mudah difahami.
Untuk maklumat lanjut sila klik di sini
Laman ini tidak menghuraikan isi secara terperinci serta tidak menyentuh persoalan yang lain luas dalam bab berkaitan aqiqah. Hanya menerangkan secara ringkas. Laman ini lebih bertujuan sebagai mempromosikan jualan produk syarikat berkenaan dan bab berkaitan aqiqah ini sebagai ”bahan” mempromosikan. Keadaan ini menjadikan ia tidak memenuhi kriteria adil. Laman ini kurang penting digunakan dalam proses pembelajaran dan pengajaran dalam kelas namun sesuai sebagai pemahaman.

Untuk maklumat lanjut sila klik di sini
Web ini kurang dari segi keluasan. Hal ini kerana, ia hanya menfokuskan kepada tatacara penyembelihan haiwan qurban serta perkara sunat yang dilakukan pada waktu itu. Tidak menyentuh persoaan lain seperti persoalan perwakilan dalam qurban, serta bahagian-bahagiannya. Namun web ibi sesuai digunakan intuk memahami persoalan berkaitan tatacara penyembelihan kerana disampaikan denagn lengkap.

Untuk maklumat lanjut sila klik di sini
Web ini kurang dari segi keluasannya kerana tajuk berkaitan qurban tidak dinyatakan dengan penuh dan lengkap sebaliknya pula pada hal aqiqah, malah ada ”point” tidak diberi penjelasan terperinci.Selain itu, pemilik web juga tidak dinyatakan. Walaubagaimanapun ia sesuai digunakan untuk memahami konsep aqiqah, malah lebih menarik sekiranya disertakan grafik yang berkaitan bagi menambah pemahaman pelayar.

Untuk maklumat lanjut sila klik di sini
Laman ini lebih menumpukan pada bab sejarah pensyariatan qurban. Walaubagaimanapun maklumat berkaitan dengannya juga dinyatakan dalam bentuk yang ringkas serta serta tidak terperinci. Namun turut disertakan dengan dalil sebagai sokongan. kurang memberi kepentingan untuk di gunakan oleh guru dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Namun ia sesuai untuk kepentingan orang awam membacanya.



ANALISIS WEB 16-20

Untuk maklumat lanjut sila klik di siniLaman web ini juga memenuhi kesepuluh kriteria standard pemikiran seperti yang atas malah ia dari sumber yang sama. Kurangnya laman ini hanyalah dari sudut siapa pengarangnya tidak diketahui menyebabkan pembaca tertanya-tanya siapa pengarangnya. Terdapat hiperteks dalam beberapa isi kandungan yang di paparkan. Ini mampu meningkatkan lagi kefahamn pelayar terhadap sesuatu perkara yang dinyatakan kerana dalam hiperteks itu akan menerangkan dengan lebih terperinci keyword yang kurang difahami. Ia juga turut menyertakan bersama sumber rujukan
pengarang.Web ini sesuai di gunakan oleh pelajar.
Untuk maklumat lanjut sila klik di sini

Laman ini membincangkan sesuatu point atau isi dengan terperinci tetapi tidak begitu mendalam. Hal ini kerana ada point yang tidak dihuraikan dengan penjelasan lanjut. Ia juga tidak menyentuh persolan yang lebih luas yang terdapat di dalam bab aqiqah antaranya sejarah, serta amalan lain sewaktu aqiqah. Tidak penting atau begitu sesuai digunakan dalam P&P kerana huraian tidak membantu dalam pemahaman pelajar. (bukan dalam bentuk point)


Untuk maklumat lanjut sila klik

Laman ini memboncangkan sesuatu point atau isi dengan terperinci tetapi tidak begitu mendalam. Hal ini kerana ada point yang tidak dihuraikan dengan penjelasan lanjut. Ia juga tidak menyentuh persolan yang lebih luas yang terdapat di dalam bab aqiqah antaranya sejarah, serta amalan lain sewaktu aqiqah. Tidak penting atau begitu sesuai digunakan dalam P&P kerana huraian tidak membantu dalam pemahaman pelajar. (bukan dalam bentuk point)

Untuk maklumat lanjut sila klik di sini

Laman web ini memenuhi kesepuluh kriteria standard pemikiran seperti yang telah ditetapkan. Kurangnya laman ini hanyalah dari sudut siapa pengarangnya tidak diketahui menyebabkan pembaca tertanya-tanya siapa pengarangnya. Terdapat hiperteks dalam beberapa isi kandungan yang di paparkan. Ini mampu meningkatkan lagi kefahamn pelayar terhadap sesuatu perkara yang dinyatakan kerana dalam hiperteks itu akan menerangkan dengan lebih terperinci keyword yang kurang difahami. Sumber rujukan urut dinyatakan.Web ini sesuai di gunakan oleh pelajar

Untuk maklumat lanjut sila klik di sini
Laman ini memenuhi kesemua ciri-ciri dalam standart pemikiran. Ia sesuai digunakan sebagai bahan membantu dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Point dinyatakan dengan jelas beserta huraian yang terperinci. Dalil-dalil ayat Quran serta hadith menjadikan ia lebih dipercayai dan difahami. Disertakan juga, contoh-contoh yang berkaitan dalam point yang dinyatakan. Kurangnya hanyalah pada pemilik web yang tidak dinyatakan.





ANALISIS WEB 21-25

Untuk maklumat lanjut sila klik di siniLaman ini menepati sembilan daripada sepuluh kriteria yang ditetapkan menjadikan ianya sesuai digunakan sebagai bahan dalam pembelajaran dan pengajaran. Setiap isi dikupas dengan mendalam, disertakan hadith sebagai sokongan serta dinyatakan bersama sumber-sumbernya. Namun kurangnya adalah isi sedikit tidak tersusun serta tidak dikelaskan mengikut tajuk utama.
Untuk maklumat lanjut sila klik di sini

Laman ini tidak memenuhi kriteria luas dan mendalam kerana dalam bab qurban, ada isi yang tidak disentuh dengan mendalam, sebaliknya dalam aqiqah disertakan huraian terperinci. Oleh yag demikian ia tidak menyeluruh serta tidak adil. Namun yang demikian, laman ini mampu membantu guru sebagai bacaan tambahan dalam proses pembelajara dan pengajaran.


Untuk maklumat lanjut sila klik di sini

Laman ini mengupas sesuatu isi dengan jelas dalam bentuk point yang mudah dalam membantu pemahaman pelayar. Namun begitu ada isi yang tidak disampaikan dengan tererinci dan menyeluruh antaranya hukum berkorban dan aqiqah sepatutnya terbahagi kepada beberapa bahagian yang lain. Selain itu, laman ini sebenarnya lebih kepada mempromosikan haiwan ternakan mereka untuk ibadah qurban dan aqiqah maka ia tidak memenuhi kriteria adil dan signifikan untuk pembelajaran
dan pengajaran.

Untuk maklumat lanjut sila klik di sini

Laman ini tidak menepati kriteria luas kerana ia hanya menfokuskan pada sejarah pensyariatan qurban iaitu antara Nabi ismail dan Ibrahim a.s, sebaliknyai bab yang lain tidak dihuraikan secara mendalam. Walaubagaimanapun mengenai persoalan sejarah, ia dihuraikan dengan terperinci. Oleh yang demikian, ia tidak begitu sesuai digunakan dalam proses P&P kerana tidak menyeluruh. Namun sesuai bagi kita mengetahui dengan lebih mendalam dalam bab sejarah pensyariatan qurban.


Untuk maklumat lanjut sila klik di sini

Laman ini tidak menepati kriteria luas kerana ia hanya menfokuskan pada sejarah pensyariatan qurban tetapi bab lain tidak dihuraikan secara mendalam. Walaubagaimanapun mengenai persoalan sejarah, ia dihuraikan dengan terperinci. Oleh yang demikian, ia tidak begitu sesuai digunakan dalam proses P&P kerana tidak menyeluruh. Namun sesuai bagi kita mengetahui dengan lebih mendalam dalam bab sejarah pensyariatan qurban.




ANALISIS WEB 26-30

Untuk maklumat lanjut sila klik di siniLaman ini tidak menepati kriteria dari segi luas dan mendalam. Hal ini kerana ada isi yang tidak disertakan dengan huraian sebagai membantu penjelasan. Kurangnya juga adalah dari segi nama pemilik yang tidak dinyatakan, begitu juga dengan sumber rujukan yang digunakan. Namun begitu laman ini sesuai dijadikan sumber dalam P&P kerana isi dinyatakan dalam bentuk point yang mudah difahami oleh para pelajar
Untuk maklumat lanjut sila klik di siniLaman ini menepati sembilan ciri seperti yang dikehendaki. Ia kurang dari segi luas kerana ada sedikit perkara yang tidak disentuh antaranya berkenaan dengan wakil dalam melaksanakan ibadah qurban. Namun laman ini sesuai dijadikan rujukan dalam P&P kerana isi dikupas dengan mendalam, beserta huraian terperinci serta adanya dalil dan hadith sebagai sokongan. Sumber rujukn juga turut dinyatakan bagi kemudahan para pelayar.
Untuk maklumat lanjut sila klik di sini
Laman ini tidak menjelaskan sesuatu isi dengan mendalam dan terperinci. Ada antara isi tidak disertakan bersama huraian untuk tujuan pemahaman pelayar. Persoalan berkaitan qurban dan aqiqah juga tidak dinyatakan dengan meluas. Laman ini tidak begitu sesuai dijadikan bahan dalam proses P&P kepada para pelajar, namun sesuai untuk pemahaman kepada masyarakat umumnya.

Untuk maklumat lanjut sila klik di sini
Laman ini tidak memenuhi kesemua kriteria yang telah ditetapkan. Isi mengenai aqiqah tidak dikupas dengan mendalam, serta tidak meluas dalam memperbincagkan sesuatu isi. Hadith dan juga dalil-dalil yang berkaitan tidak disertakan sebagai sokongan, begitu juga dengan sumber rujukan. Tidak sesuai digunakan dalam proses pembelajaran dan pengajaran namun sesuai untuk bahan bacaan semua sebagai pemahaman

Untuk maklumat lanjut sila klik di sini
Laman ini mempersembahkan sesuatu isi dalam bentuk huraian. Setiap isi dinyatakan dengan jelas namun tidak meluas dan menyeluruh kerana ada isi yang berkaitan dengannya tidak dimasukkan sekali sebaliknya pada ruagan post yang akan datang. Keadaan ini menyebabkan ia tidak sesuai digunakan dalam proses P&P kerana tidak dapat memberi kefahaman secara jelas kepada para pelajar, sebaliknya pada pelayar lain, ia adalah mungkin





ANALISIS WEB 31-35

untuk maklumat lanjut sila klik di siniLaman ini tidak memenuhi kriteria luas dan mendalam kerana dalam bab qurban, ada isi yang tidak disentuh dengan mendalam, antaranya ialah perihal berkaitan sifat haiwan yang diqurbankan. Namun begitu laman ini menyertakan bersama sokongan hadith dan dalil untuk mengukuhkannya lagi. Sesuai dijadikan bahan dalam pembelajaran dan pengajaran melalui penerangan yang berkesan daripada guru
Untuk maklumat lanjut sila klik di sini

Maklumat dinyatakan dalam bentuk point yang utama sahaja, tetapi tidak dijelaskan dengan lanjut. Gambar-gambar yang berkaitan juga tidak dimasukkan sebagai satu sokongan untuk meningkatkan pemahaman. Namun ia sesuai untuk digunakan dalam pembelajaran dan pengajaran berkaitan tajuk qurban ini.

Untuk maklumat lanjut sila klik di sini

Laman ini tidak memenuhi kriteria luas dan mendalam kerana dalam bab aqiqah antaranya sifat haiwan yang diaqiqahkan. Namun begitu laman ini menyertakan bersama sokongan hadith dan dalil untuk mengukuhkannya lagi. Isi dalam bentuk point mudah menjadikan ia sesuai dijadikan bahan dalam pembelajaran dan pengajaran melalui penerangan yang tambahan yang berkesan daripada guru.


Untuk maklumat lanjut sila klik di sini
Laman ini kurang dari segi luas dalam kriteria yang telah ditetapkan. Hal ini adalah kerana ia lebih menfokuskan pada persoalan hukum memberi atau menjual qurban pada orang bukan Islam. Namun begitu, persoalan ini dikupas dengan mendalam dan terperinci beserta dengan sokongan dalil-sdalil yang berkaitan. Laman ini tidak sesuai digunakan dalam P&P kerana tidak menyeluruh tetapi sesuai sebagai bahan bacaan tambahan kepada para pelajar.


Untuk maklumat lanjut sila klik di siniKurangnya dalam laman ini adalah dari segi keluasan maklumatnya. Maklumat masih tidak meluas sebaliknya maklumat yang dinyatakan hanya mengambil kira sesetengah aspek sahaja. Tahap luasnya makluamt dalam laman ini boleh ditingkatkan lagi.

ANALISIS WEB 36-40

Untuk maklumat lanjut sila klik di siniLaman ini menyatakan maklumat secara umum tanpa menerangkan dengan terperinci Namun, terdapat penjelasan yang boleh digunakan dan diambil kira. Masih ada kekurangan dan perlu pada penjelasan tambahan. Maklumat yang diberikan tidak mendalam kerana huraian masih lagi kabur. Ada persoalan yang tidak terjawab. Dari segi adil pula, di tahap sederhana kerana ada tujuan sampingan untuk
mempromosikan haiwan dari ladang ternakan mereka.
Untuk maklumat lanjut sila klik di sini
Kurangnya laman ini adalah dari segi luasnya. maklumat masih tidak meluas sebaliknya aklumat hanya mengambil kira sesetengah aspek sahaja. Namun kekurangan ini tidak mnacatkan web tersebut. Sesuai digunakan untuk bahan dalam membantu proses P&P serta bahan bacaan tambahan pada para pelajar.

Untuk maklumat lanjut sila klik di sini
Kekurangan laman ini adalah dari segi keterperincian, keluasan dan kedalamnnya. Penerangan tidak dapat menjawab persoalan yang diutarakan. Maklumat tidak dinyatakan dengan terperinci Penerangan sangat ringkas. Maklumat dan huraian masih lagi kabur malah hanya dapat menjawab sebahagian sahaja persoalan. Tidak mengambil kira semua aspek yang berkaitan dengan isu. Perlukan penerangan yang lebih meluas lagi. Laman ini tidak sesuai digunakan sebagai bahan P&P tetapi sesuai sebagai bahan bacaan tambahan.

Untuk maklumat lanjut sila klik di sini
Laman ini menepati sembilan ciri seperti yang dikehendaki. Ia kurang dari segi luas kerana ada sedikit perkara yang tidak disentuh antaranya berkenaan dengan wakil dalam melaksanakan ibadah qurban. Namun laman ini sesuai dijadikan rujukan dalam P&P kerana isi dikupas dengan mendalam, beserta huraian terperinci serta adanya dalil dan hadith sebagai sokongan. Sumber rujukn juga turut dinyatakan bagi kemudahan para pelayar.


Untuk maklumat lanjut sila klik di sini
Kekurangan laman ini adalah dari segi keterperincian, keluasan dan kedalamnnya. Penerangan tidak dapat menjawab persoalan yang diutarakan. Maklumat tidak dinyatakan dengan terperinci Penerangan sangat ringkas. Maklumat dan huraian masih lagi kabur malah hanya dapat menjawab sebahagian sahaja persoalan. Tidak mengambil kira semua aspek yang berkaitan dengan isu. Perlukan penerangan yang lebih meluas lagi. Laman ini tidak sesuai digunakan sebagai bahan P&P tetapi sesuai sebagai bahan bacaan tambahan.






ANALISIS WEB 41-45

Untuk maklumat lanjut sila klik di sini

Laman ini hanya menfokuskan pada sejarah pensyariatan dan hikmah semata-mata. Sebaliknya persoalan yang lain sekadar tambahan semata-mata. Oleh yang demikian ianya tidak menyeluruh serta tidak menepati kriteria keluasan dan mandalam. Dari segi kpentingannya pula, laman ini tidak sesuai digunakan dalam P&P kerana tidak menyeluruh tetapi sesuai untuk bacaan tambahan dan pengetahuan.
Untuk maklumat lanjut sila klik di sini
Laman ini tidak menepati sebahagian daripada kriteria yang telah ditetapkan. Antaranya ialah dari segi kejelasan, keterperincian, kedalaman dan signufikasi. Dari segi keluasan Maklumat yang dinyatakan tidak meluas dan sangat terhad serta penerangan sangat ringkas. Tidak mengambil kira semua aspek yang berkaitan dengan isu. Dari segi kepentingannya pula, penulis tidak mempunyai matlamat yang jelas dalam penulisan. Tidak mengetahui kepentingan sebenar sebuah penulisan kerana penulis tidak mengemukakan fakta yang penting. Manakala dari segi keterperinciannya pula Penerangan tidak dapat menjawab persoalan yang diutarakan. Laman ini tidak sesuai digunakan dalam P&P.

Untuk maklumat lanjut sila klik di sini
Laman ini menepati kesemua kriteria yang telah ditetapkan antaranya Maklumat mudah difahami serta tidak wujud sebarang ketidak jelasan. Kebenaran maklumat disokong oleh sumber yang sahih seperti ayat al-Quran dan hadith. Maklumat dinyatakan juga adalah terperinci dan spesifik serta boleh menjawab semua persoalan. Maklumat yang diberikan sangat meluas dengan mengambil kira semua aspek yang berkaitan dengan isu. Laman web ini sesuai digunakan dalam P&P serta bahan bacaan pada para pelajar dan pelayar amnya

Untuk maklumat lanjut sila klik di sini
Laman ini menepati kesemua kriteria yang telah ditetapkan antaranya Maklumat mudah difahami serta tidak wujud sebarang ketidak jelasan. Kebenaran maklumat disokong oleh sumber yang sahih seperti ayat al-Quran dan hadith. Maklumat dinyatakan juga adalah terperinci dan spesifik serta boleh menjawab semua persoalan. Maklumat yang diberikan sangat meluas dengan mengambil kira semua aspek yang berkaitan dengan isu. Laman web ini sesuai digunakan dalam P&P serta bahan bacaan pada para pelajar dan pelayar amnya.

Untuk maklumat lanjut sila klik
Laman ini tidak menepati kriteria seperti yang telah ditunjukkan. Isi yang dinyatakan srmpit pada persolan yang ditanya tidak menyentuh hal yang lain. Juga tidak disertakan dengan dalil yang berkaitan sebagai sokongan menguatkan hujjah. Tidak sesuai digunakan dalam P&P kerana tidak menyeluruh tetapi sesuai sebagai bahan bacaan tambahan khusus yang berkaitan denagn fadhilat qurban.

ANALISIS WEB 46-50

untuk maklumat lanjut sila klik di sini


Laman ini memuatkan artikel tulisan penulis berdasarkan pandangan beliau terhadap sifat masyarakat dalam menghayati ibadah qurban. Tidak menyentuh berkaitan tajuk namun dinyatakan secara tidak langsung sebagai kiasan bagi isu yang dinyatakan. Disertakan juga beberapa hadith bagi menyokong isu tersebut. Tidak sesuai digunakan sebagai bahan pengajaran kerana ia tidak berkaitan dengan tajuk tetapi sesuai sebagai bahan bacaan pada masyarakat amnya.

Untuk maklumat lanjut sila klik di sini

Laman ini bukanlah laman yang khusus menceritakan persoalan berkaitan qurban secara terperinci. Sebaliknya ia adalag laman yang berkaitan isu semasa berkenaan dengan teknik penyembelihan dengan cara yang betul menurut syara’. Oleh yang demikian, laman ini tidak sesuai dignakan sebagai bahan rujukan dalam proses P&P


Untuk maklumat lanjut sila klik di sini

Laman ini disampaikan dalam bentuk persoalan dan jawapan. Disampaikan secara terperinci namun tidak luas dan mendalam, iaitu tidak meliputi keseluruhan tajuk.



Untuk maklumat lanjut sila klik di sini

Laman ni lebih cenderung pada laman untuk mengajak berforum denag menjadkanan persoalan berkaitan qurban sebagai topik perbincanag. Isi yang sedikit berkaitan qurban, dinyatakan sebagai permulaan kata. Maklumat yang dinyatakan masih munasabah dan boleh diterima namun masih ada kekurangan. Tidak sesuai dijadikan bahan dalam P&P kerana tidak mempunyai kaitan dengan tajuk.

Untuk maklumat lanjut sila klik di sini
Laman ini tidak menepati kriteria seperti yang telah ditunjukkan. Ia merupakan laman menjawab bagi persoalan berkaitan dengan perbezaan antara qurban dan aqiqah. Isi yang dinyatakan sempit pada persolan tersebut semata tanpa menyentuh hal yang lain. Juga tidak disertakan dengan dalil yang berkaitan sebagai sokongan menguatkan hujjah. Penerangan sangat ringkas serta perlukan huraian yang lebih terperinci. Tidak sesuai digunakan dalam P&P kerana tidak menyeluruh tetapi sesuai sebagai bahan bacaan tambahan khusus yang berkaitan dengan perbezaan antara qurban dan aqiqah.