ANALISIS WEB 6-10

Untuk maklumat lanjut sila klik di siniMaklumat dinyatakan dengan ringkas serta tiada huraian dengan terperinci menjadikan web ini tidak memenuhi kriteria keluasan, kedalaman serta keterperincian. Dail-dalil yang berkaitan samada ayat al-Quran dan hadith juga didak disertakan sebagai sokongan yang kuat menjadikan ia kurang dari segi hikmah. Imej-imej grafik yang berkaitan tidak dimasukkan sebahgai menambah kefahaman pelayar.

Untuk maklumat lanjut sila klik di sini
Maklumat dinyatakan dalam bentuk point yang utama sahaja, tetapi tidak dijelaskan dengan lanjut. Gambar-gambar yang berkaitan juga tidak dimasukkan sebagai satu sokongan untuk meningkatkan pemahaman. Namun ia sesuai untuk digunakan dalam pembelajaran dan pengajaran berkaitan tajuk qurban
ini.


Maklumat lanjut sila klik di sini
Tidak menjelaskan sesuatu maklumat dengan mendalam. Hanya menfokuskan pada ”point” utama tanpa penjelasan lanjut contohnya syarat bagi haiwan qurban, seeloknya dipilih haiwan yang berwarna putih. Tidak dapat dipastikan kesahihan kerana tidak disertakan bersama rujukan. Contoh-contoh yang berkaitan juga kurang disentuh. Tiada imej grafik disertakan bagi membantu kefahaman pelayar.
Untuk maklumat lanjut sila klik di sini

Tidak memenuhi syarat keluasan dan kedalaman. Hai ini kerana hanya menyentuh persoalan qurban secara ringkas dan tidak menyentuh keseluruhan tajuk seperti perwakilan dalam qurban dan sebagainya. Pemilik juga tidak dinyatakan menjadikan web ini sedikit kurang. Contoh yang berkaitan juga kurang. Laman ini tidak sesuai digunakan dalam proses P&P tetapi sezuai sebagai bahan bacaan tambahan pada para pelajar dan orang ramai khususnya.

Untuk maklumat lanjut sila klik di sini
Laman web ini memenuhi kesepuluh kriteria standard pemikiran seperti yang telah ditetapkan. Ia merupakan buku berkaitan tatacara qurban tuntutan Nabi. Ia disertakan dengan contoh-contoh yang berkaitan, maklumat jelas dan mendalam dengan huraian yang terperinci dalam 10 bab. Sumber rujukan turut dinyatakan.Web ini sesuai di gunakan oleh pelajar.


ANALISIS WEB 11-15

Untuk maklumat lanjut sila klik di siniLaman ini tidak menjelaskan semua isi dengan terperinci. Ada yang sekadar dinyatakan ”point” tanpa huraian. Laman ini juga tidak memenuhi kriteria keluasan kerana tidak menyentuh persoalan yang lebih luas contohnya dalam bab berkaitan hukum aqiqah. Namun begitu laman ini juga mampu membantu dalam pembelajaran dan pengajaran kerana disampaikan dalam bentuk yang mudah difahami.
Untuk maklumat lanjut sila klik di sini
Laman ini tidak menghuraikan isi secara terperinci serta tidak menyentuh persoalan yang lain luas dalam bab berkaitan aqiqah. Hanya menerangkan secara ringkas. Laman ini lebih bertujuan sebagai mempromosikan jualan produk syarikat berkenaan dan bab berkaitan aqiqah ini sebagai ”bahan” mempromosikan. Keadaan ini menjadikan ia tidak memenuhi kriteria adil. Laman ini kurang penting digunakan dalam proses pembelajaran dan pengajaran dalam kelas namun sesuai sebagai pemahaman.

Untuk maklumat lanjut sila klik di sini
Web ini kurang dari segi keluasan. Hal ini kerana, ia hanya menfokuskan kepada tatacara penyembelihan haiwan qurban serta perkara sunat yang dilakukan pada waktu itu. Tidak menyentuh persoaan lain seperti persoalan perwakilan dalam qurban, serta bahagian-bahagiannya. Namun web ibi sesuai digunakan intuk memahami persoalan berkaitan tatacara penyembelihan kerana disampaikan denagn lengkap.

Untuk maklumat lanjut sila klik di sini
Web ini kurang dari segi keluasannya kerana tajuk berkaitan qurban tidak dinyatakan dengan penuh dan lengkap sebaliknya pula pada hal aqiqah, malah ada ”point” tidak diberi penjelasan terperinci.Selain itu, pemilik web juga tidak dinyatakan. Walaubagaimanapun ia sesuai digunakan untuk memahami konsep aqiqah, malah lebih menarik sekiranya disertakan grafik yang berkaitan bagi menambah pemahaman pelayar.

Untuk maklumat lanjut sila klik di sini
Laman ini lebih menumpukan pada bab sejarah pensyariatan qurban. Walaubagaimanapun maklumat berkaitan dengannya juga dinyatakan dalam bentuk yang ringkas serta serta tidak terperinci. Namun turut disertakan dengan dalil sebagai sokongan. kurang memberi kepentingan untuk di gunakan oleh guru dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Namun ia sesuai untuk kepentingan orang awam membacanya.